Monday, 28 November 2011

Permata Resort Camp

Kem Permata Resort adalah berkeluasan 47 ekar yang terletak kira-kira 5 km dari Bandar Alor Gajah, Melaka. Mula dibina pada tahun 2009 dan beroperasi pada Februari 2010. Kem ini boleh menampung seramai 800 peserta dan 200 urusetia/fasilitator di mana terdapat kemudahan seperti dewan terbuka dan tertutup. Kem ini dibina untuk memberi keselesaan dari segi penginapan dan infrastuktur seperti resort. Selain itu, kem ini boleh dijadikan tempat kursus dan motivasi. Dengan berkonsepkan ala-ala resort, para peserta dapat merehatkan minda dan memberi ketenangan yang bersesuaian dengan aktiviti.

Antara kemudahan kursus yang terdapat di kem ini ialah :-
  • Satu dewan besar lengkap dengan P.A Sistem, Karaoke, Dewan Makan, Mini Market, 2 bilik Urusetia dan ruang pejabat kem yang boleh memuatkan 3000 peserta kursus. Kemudahan Wi-Fi juga disediakan.
  • Dewan seminar berhawa dingin yang boleh memuatkan seramai 300 peserta di dalam satu masa.
  • 8 buah kelas Latihan Dalam Kumpulan (LDK) berhawa dingin.
  • 3 unit bilik rehat/urusetia/lain-lain kegunaan.
  • Padang kawad.
  • Surau Al-Subhan dilengkapi penghawa dingin yang boleh memuatkan 600 peserta di dalam satu masa.
  • Kolam rekreasi seluas 85m x 75m dengan ke dalaman 16 kaki dilengkapi dengan bot penyelamat dan peralatan keselamatan di dalam air.
  • Permaianan tali tinggi seperti Flying Fox 150m panjang, Burmah Bridge, High Postman Walks, Multivine Traverse dan Rappelling Tower.
  • Permainan tali rendah dan obstacles seperti Vaulting Bar, Swinging Board, 6 Feet Wall, Graduated Balance Walks, Monkey Rck/Traverse, Tarzan Swing, Tunnel, Wire Granting, 10 Feet Wall, Tension Traverse, Wild Woosley, Hickory Jump, All Aboard, Hole in one, King Finger dan TP Shuffle.
  • Padang Futsal, Parking dan Lapangan Pendaratan Helikopter (Hellipad)


Dewan Tertutup

Dewan Terbuka

Aktiviti Rekreasi

Padang Kawad
Surau

Fyling Fox dan Elemen Tali Tinggi

Latihan Dalam Kumpulan (LDK)
Penginapan

Bangunan Penginapan



Bilik Audio